Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil
berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh
sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang
boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada
‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum
otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi
pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah
awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini
berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang
seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada
Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh
seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan
jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka
akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan
disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil
berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk,
seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan
kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang,
organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu
mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan
dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan
semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak
boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan
minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk,
di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem
pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara
cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri,
boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana
(saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang
mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba,
boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk
menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau
mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus
sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi
pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang
masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri
disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke
usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang
mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa
makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah
r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk
bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat
Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang
hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk
makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah
dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara
bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti
bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR
MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat
membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu
fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan
tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke
dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih
dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air
jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan
kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air
secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum
dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi
SAMBIL BERJALAN!!!!!
Indahnya Islam jika penuh dengan adab.